Translate

29 Julai 2017

Perkahwinan 6 Tahun Masih Belum Dikurniakan Anak

Tahun ini merupakan tahun ke 6 saya hidup kesunyian tanpa kehadiran cahaya mata. Hari ini saya dapat 1 pengajaran yang sangat penting. Tadi masa kerja rakan sekerja ada becerita pasal hati dan kena berfikiran positif. Dalam dunia ini kita hidup tidak lama, hidup dalam 60 tahun, 70 tahun, kalau panjang umur mungkin boleh hidup sampai 80 tahun. Tapi tidak semua orang hidup sampai 60 tahun, ada yang umur 30 dah meninggal, ada yang umur baru 1 tahun pun dah meninggal. Maka kita patut bersyukur jika kita masih bernafas pada hari ini. Sentiasa bersyukur dengan diri kita. Saya dah 6 tahun masih tidak mempunyai anak. Kadang kala tu saya salahkan Tuhan kerana buat hidup saya begini, salahkan Dia kerana tidak membantu saya untuk hamil. Di awal perkahwinan saya happy saja, masuk tahun ke dua ke tiga saya mula rasa sedih kerana belum berjaya hamil. Asal malam menangis. Tapi bila di luar cuba senyum dengan ibu-ibu muda. Orang lain dah 4 orang anak, saya 1 pun tiada.
Dalam tahun ke 5 saya berdoa kepada Tuhan, saya meminta petunjuk apa sebenarnya masalah utama yang menyebabkan saya masih belum hamil. Tapi Tuhan masih tidak memberi saya apa-apa petunjuk. Dalam tempoh 5 tahun ni saya telah buat IUI 2 kali tapi gagal dan sekali IVF pun gagal juga. Black & white mengatakan husband saya ni spermnya kurang dan tidak active. Saya pula tidak ada masalah. Jadi dalam tempoh 5 tahun tu saya asik salahkan husband kerna dia saya masih tidak hamil-hamil. Ujian makmal sudah mengatakan bahawa dia punya sperm quality & quantity tidak memuaskan. Jadi dalam fikiran dan hati saya asik menyalahkan dia. Dalam tempoh tu juga saya beli supplement ini itu untuk dia tapi keadaan masih sama. Saya pun dah boring asik menunggu ditambah pula orang sekitar asik memberi tekanan pada saya. Saya pun meminta petunjuk dari Tuhan apa masalah utama yang menyebabkan saya sukar hamil. Tapi Tuhan tidak jawab, Dia jawab pertanyaan saya ini pada tahun ke 6, di mana semasa saya membuat IVF kali ke 2.

Semasa proses IVF kali ke 2 tu, staff makmal mendapati telur Ovum saya mempunya dinding yang agak tebal sedikat berbanding ovum yang sihat. Sebab itulah kemungkinannya saya tidak perna hamil. Sperm tidak dapat tembus masuk ke dalam ovum sebab dindingnya agak tebal.  Saya berfikir kenapa IVF kali pertama staff makmal tidak  dapat detect masalah ovum saya? Kenapa IVF kali ke 2 baru mereka dapat tahu puncanya. Kalau awal mereka dapat tahu kan bagus, baru saya berhenti menyalahkan husband, dan barulah saya berikhtihar cari cara untuk memperbaiki quality ovum saya. Saya teringat saya perna bedoa meminta petunjuk dari Tuhan apa punca dan masalah utama saya sukar hamil, tahun yang berikutnya Tuhan menjawab pertanyaan saya ini. Saya amat yakin Tuhan yang memberi petunjuk dan menjawab pertanyaan saya ini. Saya amat berterima kasih kerna saya sudah tahu punca utamanya, dan saya terima dengan hati yang terbuka walaupun sedikit  sedih. Kesedihan yang paling besar yang hampir membuat saya gila ialah pada hari saya mendapat tahu ujian darah negative kehamilan. IVF kali ke 2 ini juga gagal. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya pada ketika itu. Saya diam, saya rasa bersalah pada keluarga sebelah husband kerana mereka banyak menjaga saya dalam tempoh saya membuat IVF ini. Saya telah mengecewakan mereka, saya rasa sedih, kecewa dan marah.

Saya kena teruskan berfikiran positif. Semua ini ujian dari Tuhan. Tuhan betul-betul menguji saya. Saya rasa nak lari dari rumah saja, saya nak minta cerai, biarkan saya hidup sendiri susah. Saya tidak suka menyusahkan hidup orang, kerana saya husband tidak punya anak. Saya malu pada diri sendiri kerana diawal perkahwinan saya asik salahkan dia, sebenarnya saya juga mempunya masalah. Tidak apa hari ini saya belajar satu perkara yang sangat berguna, iaitu kita perlu sentiasa berfikiran positif dan mengajar hati kita untuk bertenang dan berbuat baik. Kita manusia kena berfikiran positif. Seperti keadaan saya walaupun sudah masuk tahun ke 6 tapi masih tidak hamil lagi, ini semua ujian dari Tuhan, dan kemungkinan Tuhan belum mahu memberi saya anak. Jika ada anak awal pun kemungkinan anak itu sakit kah kan. Jadi kita kena ajar fikiran & hati kita untuk terima semua ini. Ada nikmat disebalik semua ini. Benda ini memang menguji saya secara mendalam. Mulai hari ini saya kena berfikiran positif, dan saya perlu terus berdoa meminta Tuhan memberkati dan memberi saya anak. Saya amat yakin Tuhan akan menolong saya walaupun peluang untuk saya hamil amat-amat sikit. Di samping itu juga saya mula mengambil supplement untuk memperbaiki quality ovum.
Saya tunggu miracle dari Tuhan, saya yakin Tuhan akan membuatkan saya hamil suatu hari nanti. Selepas ini saya akan berfikiran positif-positif saja. Apa pun yang berlaku dalam hidup kita kena hadapi dengan tenang dan berusaha memperbaiki masalah yang kita hadapi. Sebelum ini jika saya terserempak dengan ibu-ibu yang baru ada anak saya sangat-sangat benci, sehingga kadang kala saya menyumpah anak dia mati. Kan ibu muda yang ada anak ni bila jumpa dengan kita yang tidak punya anak mereka akan sombong sikit, senyuman dan teguran mereka seolah-olah menyindir dan menghina kita. Ada lagi yang sengaja menyakitkan hati kita, berkata sambil menyindir lah tu. “Kau betul ke tak nak anak? “ Gila juga perempuan ni kan, siapa bilang kita tidak mau anak, terang-terang kita ada masalah sukar hamil, senang-senang dia cakap begitu. Tapi mulai hari ini saya kena ajar hati saya untuk tenang dan ajar fikiran saya untuk berfikiran positif. Sebenarnya kita boleh control rasa marah, benci dan sedih. Kita Cuma perlu berfikiran positif dan tenang maka semua perasaan marah akan hilang. Akhir sekali semoga saya diberkati Tuhan dan semoga  saya berjaya hamil. Terima kasih Tuhan kerana mengajar saya erti kehidupan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan