Tahun ini merupakan tahun ke 6 saya hidup kesunyian tanpa
kehadiran cahaya mata. Hari ini saya dapat 1 pengajaran yang sangat penting.
Tadi masa kerja rakan sekerja ada becerita pasal hati dan kena berfikiran
positif. Dalam dunia ini kita hidup tidak lama, hidup dalam 60 tahun, 70 tahun,
kalau panjang umur mungkin boleh hidup sampai 80 tahun. Tapi tidak semua orang
hidup sampai 60 tahun, ada yang umur 30 dah meninggal, ada yang umur baru 1
tahun pun dah meninggal. Maka kita patut bersyukur jika kita masih bernafas pada
hari ini. Sentiasa bersyukur dengan diri kita. Saya dah 6 tahun masih tidak
mempunyai anak. Kadang kala tu saya salahkan Tuhan kerana buat hidup saya
begini, salahkan Dia kerana tidak membantu saya untuk hamil. Di awal perkahwinan
saya happy saja, masuk tahun ke dua
ke tiga saya mula rasa sedih kerana belum berjaya hamil. Asal malam menangis.
Tapi bila di luar cuba senyum dengan ibu-ibu muda. Orang lain dah 4 orang anak,
saya 1 pun tiada.
Dalam tahun ke 5 saya berdoa kepada Tuhan, saya meminta
petunjuk apa sebenarnya masalah utama yang menyebabkan saya masih belum hamil.
Tapi Tuhan masih tidak memberi saya apa-apa petunjuk. Dalam tempoh 5 tahun ni
saya telah buat IUI 2 kali tapi gagal dan sekali IVF pun gagal juga. Black & white mengatakan husband
saya ni spermnya kurang dan tidak active. Saya pula tidak ada masalah.
Jadi dalam tempoh 5 tahun tu saya asik salahkan husband kerna dia saya masih tidak hamil-hamil. Ujian makmal sudah
mengatakan bahawa dia punya sperm quality
& quantity tidak memuaskan. Jadi dalam fikiran dan hati saya asik
menyalahkan dia. Dalam tempoh tu juga saya beli supplement ini itu untuk dia tapi keadaan masih sama. Saya pun dah boring asik menunggu ditambah pula
orang sekitar asik memberi tekanan pada saya. Saya pun meminta petunjuk dari Tuhan
apa masalah utama yang menyebabkan saya sukar hamil. Tapi Tuhan tidak jawab,
Dia jawab pertanyaan saya ini pada tahun ke 6, di mana semasa saya membuat IVF
kali ke 2.
Semasa proses IVF kali ke 2 tu, staff makmal mendapati telur
Ovum saya mempunya dinding yang agak tebal sedikat berbanding ovum yang sihat. Sebab itulah
kemungkinannya saya tidak perna hamil. Sperm
tidak dapat tembus masuk ke dalam ovum
sebab dindingnya agak tebal. Saya
berfikir kenapa IVF kali pertama staff
makmal tidak dapat detect masalah ovum saya?
Kenapa IVF kali ke 2 baru mereka dapat tahu puncanya. Kalau awal mereka dapat
tahu kan bagus, baru saya berhenti menyalahkan husband, dan barulah saya berikhtihar cari cara untuk memperbaiki quality ovum saya. Saya teringat saya
perna bedoa meminta petunjuk dari Tuhan apa punca dan masalah utama saya sukar
hamil, tahun yang berikutnya Tuhan menjawab pertanyaan saya ini. Saya amat
yakin Tuhan yang memberi petunjuk dan menjawab pertanyaan saya ini. Saya amat
berterima kasih kerna saya sudah tahu punca utamanya, dan saya terima dengan
hati yang terbuka walaupun sedikit sedih. Kesedihan yang paling besar yang hampir
membuat saya gila ialah pada hari saya mendapat tahu ujian darah negative kehamilan. IVF kali ke 2 ini
juga gagal. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya pada ketika itu. Saya
diam, saya rasa bersalah pada keluarga sebelah husband kerana mereka banyak menjaga saya dalam tempoh saya membuat
IVF ini. Saya telah mengecewakan mereka, saya rasa sedih, kecewa dan marah.
Saya kena teruskan berfikiran positif. Semua ini ujian dari
Tuhan. Tuhan betul-betul menguji saya. Saya rasa nak lari dari rumah saja, saya
nak minta cerai, biarkan saya hidup sendiri susah. Saya tidak suka menyusahkan
hidup orang, kerana saya husband tidak punya anak. Saya malu pada diri sendiri
kerana diawal perkahwinan saya asik salahkan dia, sebenarnya saya juga mempunya
masalah. Tidak apa hari ini saya belajar satu perkara yang sangat berguna,
iaitu kita perlu sentiasa berfikiran positif dan mengajar hati kita untuk
bertenang dan berbuat baik. Kita manusia kena berfikiran positif. Seperti
keadaan saya walaupun sudah masuk tahun ke 6 tapi masih tidak hamil lagi, ini
semua ujian dari Tuhan, dan kemungkinan Tuhan belum mahu memberi saya anak. Jika
ada anak awal pun kemungkinan anak itu sakit kah kan. Jadi kita kena ajar
fikiran & hati kita untuk terima semua ini. Ada nikmat disebalik semua ini.
Benda ini memang menguji saya secara mendalam. Mulai hari ini saya kena
berfikiran positif, dan saya perlu terus berdoa meminta Tuhan memberkati dan
memberi saya anak. Saya amat yakin Tuhan akan menolong saya walaupun peluang
untuk saya hamil amat-amat sikit. Di samping itu juga saya mula mengambil supplement untuk memperbaiki quality ovum.
Saya tunggu miracle
dari Tuhan, saya yakin Tuhan akan membuatkan saya hamil suatu hari nanti.
Selepas ini saya akan berfikiran positif-positif saja. Apa pun yang berlaku
dalam hidup kita kena hadapi dengan tenang dan berusaha memperbaiki masalah
yang kita hadapi. Sebelum ini jika saya terserempak dengan ibu-ibu yang baru
ada anak saya sangat-sangat benci, sehingga kadang kala saya menyumpah anak dia
mati. Kan ibu muda yang ada anak ni bila jumpa dengan kita yang tidak punya
anak mereka akan sombong sikit, senyuman dan teguran mereka seolah-olah
menyindir dan menghina kita. Ada lagi yang sengaja menyakitkan hati kita,
berkata sambil menyindir lah tu. “Kau betul ke tak nak anak? “ Gila juga
perempuan ni kan, siapa bilang kita tidak mau anak, terang-terang kita ada
masalah sukar hamil, senang-senang dia cakap begitu. Tapi mulai hari ini saya
kena ajar hati saya untuk tenang dan ajar fikiran saya untuk berfikiran
positif. Sebenarnya kita boleh control rasa
marah, benci dan sedih. Kita Cuma perlu berfikiran positif dan tenang maka semua
perasaan marah akan hilang. Akhir sekali semoga saya diberkati Tuhan dan
semoga saya berjaya hamil. Terima kasih
Tuhan kerana mengajar saya erti kehidupan.












