Translate

8 April 2017

5 Tahun masih Belum Ada Anak

Saya mau ceritakan apa yang saya alami selama 5 tahun lebih ini. Berikut merupakan kisah cerita tentang hidup saya tahun demi tahun.  Pada tahun pertama kahwin semuanya ok, happy, enjoy the life. Baru beberapa bulan orang dah sibuk dah tanya bila nak ada anak sendiri?? Aunti sebelah rumah pun sibuk, sampai sekarang saya ingat apa dia cakap. Dia bilang “ belum ada berita gembira kah? Cepat-cepat lah ah mentua kau pun dah tidak gigi sudah”. Dalam hati mau saja saya menjawab tapi orang tua kan buang masa saja mau berbahas, nanti last last jadi musuh pula kita. So saya abaikan. Hidup saya apa kaitan sama kau oh perempuan tua. Kenapa lah dia tiada gigi? Apa kena mengena kau?? Mau saja saja jawab begini, tapi sudahlah biarkan saja. Tahun demi tahun aiii dah masuk tahun ke 2, ke 3 pula. Alamak masih tiada berita-berita gembira pun. Setiap malam berdoa, doa doa doa.. setiap malam jugalah saya menangis, tapi tiada orang tau pun apa yang saya alami. Orang di luar sana pula sibuk tanya-tanya, sibuk cakap-cakap. Yang paling sial sekali bila dengar orang cakap “bini kau mandul kali”. OMG.. apa la nasib ni asik kena cakap-cakap saja. Masa tu jangan cakaplah dah puas dah air mata ni mengalir. Sekarang ni dah kering dah air mata saya. Dah tak nangis, mau nangis pun tiada air mata keluar sudah. Apa la nasib.

Ada lagi seorang aunti ni, dia ni bomoh yang tidak menjadi kali. Cukup menyampah nampak muka dia. Mulanya bukanlah saya benci betul dia ni, tapi masa dia cadangkan ini itu idea bodoh tu masa tu lah saya mula benci & mual nampak dia. Adakah patut dia syorkan saya mandi air bunga yang ada 7 jenis warna. Apa lagi mentua saya pun bodoh-bodoh saja percaya cakap dia. Teruslah ni mentua suruh saya mandi air bunga. Dia cakap try saja la mana tau ada betul-betul anak. Masa tu saya tidak menjawab cakap dia, saya buat tidak dengar saja. Bukanya saya biadap. Tapi agak-agaklah apa yang kau cakap tu. Bukan semua orang cakap mau percaya, guna otak sikit berfikir. Jangan bodohkan diri sendiri. Setahu saya orang yang mandi air bunga 7 warna ni adalah orang yang mahu kelihatan awet muda, masa mandi tu ada baca-baca, tapi saya tidak tau baca apa la. Tapi ok juga kan kalau saya p mandi air bunga 7 warna tu, boleh jadi awet muda saya nanti. Ho ho ho.. Tapi saya tetap pada fikiran sendiri tidak mandi air itu. Keras kepala kan beginilah. Hahaha.

Selain tu, ada lagi.. ya banyak lagi cerita yang saya mau kongsikan ni. Ada yang lucu, ada yang menyampah. Mentua pula sibuk pasal bila mau ada cucu. Yelah orang yang sebaya dia dah ada 3 bla bla bla cucu, dia still ada anak ja. Haha.. Entah benda apa yang dia  bawa balik lepas tu letak di air, dalam air tu ada bunga warna merah, tapi dia tidak berani suruh saya minum, dia p kasi tau anak dia (husband saya) untuk suruh saya minum tu. Mentua ni tidak berani direct cakap sama saya, dia takut kot saya lemparkan gelas tu di muka dia. Haha. Saya ada minum seteguk saja lepas tu saya tunggu tiada orang nampak, then saya cepat-cepat buang air tu. Air tu tiada lah rasa apa-apa pun, rasa macam air biasa saja tapi dalam air tu ada bunga warna merah. Entah apa lagi kepercayaan dia ni kali. Tidak habis-habis mentua ni bagi ini itu untuk minum. Apalah nasib dapat mentua yang tiada agama, tiada kepercayaan pada Tuhan. Kira ada minum jugalah kan sebab seteguk tu kira minum juga, tapi napa masih tidak pregnant ni?? Kepercayaan tahyol betul dorang ni. Kalau betul saya dah mengandung dah, ni masih tiada apa-apa. Boleh tak kamu stop semua benda bodoh dan karut ni??

Kalau sebut pasal herba & ubat-ubatan hampir semua saya sudah cuba. Dari potongan kayu-kayu yang direbus sehingga la ke bab mengurut. Orang lain yang p mengurat sama anti tu dah mengandung dah, tapi saya mengurut beberapa kali pun masih tiada apa-apa. Apa lah nasib. Orang lain makan herba ini itu mengandung pula, orang lain buat IUI jadi pula, orang lain buat IVF jadi pula. Tapi saya masih tak jadi-jadi. Ahhhh menyampah sudah mau hidup. Ini itu saya cuba tapi hampah. Bulan 11 ni genaplah 6 tahun hidup single tiada anak perlu dijaga. Uhhh bestnya hidup ni, hanya Tuhan yang tau pahit-pahit hidup yang saya lalui. Saya perlukan semangat untuk terus hidup, hidup gembira dan hidup hidup lah. So saya gantikan kesedihan ini dengan membeli bag-bag jenama. Saya sanggat suka bag PRADA yang pertama saya beli. Walaupun harganya ribu-ribu tapi saya happy. Happy macam dapat anak, bag adalah anak saya. Sanggat santik, setiap sudut saya saya tenggo dengan teliti. Lepas tu saya ketagih lah pula mahu beli bag & benda  berharga yang lain. Beli satu tidak cukup, lepas tu beli lagi beli lagi. Happy dapat beli bag & benda jenama dengan duit sendiri. Semua barang jenama yang dibeli adalah duit saya sendiri, tiada guna 1 sen lansung duit husband. Bag jenama itu saya angap macam baby saya lah pula, dilap bersih-bersih, disimpan elok-elok. Untung bag itu dijaga dengan kasih sayang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan